100 kontena setiap minggu dari selatan Thailand

Ketua Menteri Pulau Pinan,g Chow Kon Yeow (tiga dari kiri) merasmikan Perkhidmatan Keretapi Blok Padang Besar dan Depoh Kontena Terbuka di Pelabuhan Pulau Pinang, pada Jumaat.
Ketua Menteri Pulau Pinan,g Chow Kon Yeow (tiga dari kiri) merasmikan Perkhidmatan Keretapi Blok Padang Besar dan Depoh Kontena Terbuka di Pelabuhan Pulau Pinang, pada Jumaat.
A
A
A

BUTTERWORTH - [DIKEMAS KINI] Perkhidmatan Keretapi Blok Padang Besar dan Depoh Kontena Terbuka di Pelabuhan Pulau Pinang akan membantu memudahkan pergerakan operasi penghantaran.

Ia dilancarkan hasil kerjasama Kumpulan CMA CGM dan Infinity Logistic and Transport Ventures Limited (Infinity), pada Jumaat

Pengarah Urusan Kumpulan CMA CGM Malaysia, Ravindran Sahu berkata, dengan perkhidmatan tersebut, dijangka sehingga 100 buah kontena digerakkan setiap minggu dari selatan Thailand untuk membawa kargo pelanggan ke Pelabuhan Pulau Pinang.

Menurutnya, dengan kapasiti operasi bulanan iaitu sebanyak 7,500 (TEUs) kontena, depoh itu juga mengendalikan kontena khas yang membawa kargo produk tertentu serta cecair tidak berbahaya.

"Kesemua kontena tersebut akan dibawa menggunakan landasan khas untuk penghantaran kargo pelanggan kami setiap minggu yang diambil dari Padang Besar bersempadan dengan Songkhla, Thailand.

"Kontena-kontena tersebut akan dibawa ke Pelabuhan Pulau Pinang sebelum dihantar ke destinasi sebenar antaranya Singapura, Hong Kong, Shanghai, Qingdao dan Busan. Ia melibatkan dua mod pengangkutan iaitu keretapi dan kapal (laut)," katanya ketika berucap sempena pelancaran Perkhidmatan Keretapi Blok Padang Besar dan Depoh Kontena Terbuka di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), pada Jumaat.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Seterusnya Ravindra berkata, perkhidmatan keretapi dan laut disediakan kepada pengeksport terutama mereka yang dari selatan Thailand mahu menghantar kargo melalui Pelabuhan Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

"Fungsi depoh baru ini bukan sahaja menyediakan tempat penyimpanan kontena malah mengkhususkan pengendalian pemilihan gred kontena. Ia merupakan depoh ketiga CMA CGM selepas pelabuhan barat dan pelabuhan utara di Pelabuhan Klang," katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, perkhidmatan blok dan depoh baharu itu akan memudahkan hubungan antara pembekal dan pengeluar.

Katanya, kerajaan negeri berharap lebih banyak kolaboratif dijalankan di Pulau Pinang bagi memastikan ekonomi di negeri itu berkembang pesat.