Liverpool berdepan tentangan sengit di UCL

Salah (dua, kiri) meraikan jaringan penyamaan Liverpool ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, London. - Foto AFP
Salah (dua, kiri) meraikan jaringan penyamaan Liverpool ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, London. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menjangkakan Liverpool bakal berhadapan aksi yang sengit dan kompetitif dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini.

Klopp yang pernah membawa Liverpool menjuarai kejohanan itu pada tahun 2019 mengakui dirinya tidak sabar dan teruja bagi saingan kali ini sambil menyifatkan peluang sama rata dimiliki pasukan lain untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini ialah, kesemua enam perlawanan yang akan dihadapi oleh Liverpool di peringkat kumpulan UCL akan menjadi sangat sengit dan kompetitif.

“Malah jika dilihat, semua pasukan dalam kumpulan kami mempunyai kualiti yang tersendiri. Jadi saya boleh katakan semua pasukan termasuk kami berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Dengan aksi peringkat kumpulan dijangka lebih pendek daripada biasa, jadi kami perlu bersedia bukan sahaja untuk mempamerkan kualiti permainan yang mantap tetapi juga untuk sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan sekalipun.

“Jadi saya tidak sabar untuk memulakan saingan UCL pada musim ini,” katanya.

Pada majlis undian yang berlangsung di Istanbul, Liverpool diletakkan dalam Kumpulan A bersama Ajax, Napoli dan Rangers, yang kembali ke peringkat kumpulan selepas 12 tahun tidak beraksi.

Artikel Berkaitan: