Casimero mahu pastikan kejayaan United

Casimero - Foto Getty Images
Casimero - Foto Getty Images
A
A
A

PEMAIN Manchester United, Casemiro mahu memastikan debut berdepan Southampton pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), di St. Mary pada Sabtu mampu menghasilkan kejayaan yang cukup bermakna buat pasukan baharunya itu.

Casemiro berkata, dia sungguh gembira apabila mendapat peluang beraksi bersama United dan menjadi sebahagian daripada sejarah kelab berkenaan selepas ini.

Justeru, pemain berusia 30 tahun itu berazam untuk membantu skuad The Red Devils untuk meraih lebih banyak kejayaan musim ini.

“Saya memang gembira dan teruja tiba ke sini (Old Trafford). Terima kasih atas sambutan hangat yang diberikan... ia begitu penting buat saya.

“Secara keseluruhannya, saya menyifatkan kehadiran saya bersama United sebagai satu cabaran baharu dan saya memang tidak sabar untuk membantu pasukan ini,” katanya.

Untuk rekod, Casemiro hampir pasti berada dalam kesebelasan utama United pada aksi EPL berdepan The Saints.

Sementara itu Casemiro berkata, dia sebenarnya tidak menyangka kembali beraksi di Old Trafford sejak kali pertama berbuat demikian 15 tahun lalu bersama Sao Paulo dalam saingan Piala Nike.

Katanya, sejak beraksi di stadium berkenaan, dia mula berazam untuk kembali beraksi di situ, namun tidak menyangka perkara berkenaan benar-benar menjadi realiti.

Artikel Berkaitan:

“Sejak beraksi di sini 15 tahun lalu bagi saingan Piala Nike, saya sering berangan-angan untuk kembali lagi ke sini.

“Kini ia menjadi menjadi realiti dan saya memang berbangga dapat beraksi dengan kelab terbesar di England selain memiliki sejarah yang hebat dengan pelbagai kejayaan,”katanya.