Kes Covid-19 meningkat, lapan lagi kematian

Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di dalam negara kini sebanyak 36,193 kes.
Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di dalam negara kini sebanyak 36,193 kes.
A
A
A

SHAH ALAM - Kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan pada Khamis dengan 3,202 kes direkodkan berbanding 2,636 kes pada hari sebelumnya dengan empat daripadanya adalah kes import.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu di Malaysia kepada 4,730,327 juta kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin adalah sebanyak lapan kematian dengan satu daripadanya melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat wabak itu di dalam negara kini sebanyak 36,193 kes.

Sementara itu, daripada 37,006 kes Covid-19 yang masih aktif setakat Khamis, 22 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,271 lagi pesakit ditempatkan di hospital.

Sebanyak 69 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 42 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin pula adalah 2,180 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh Covid-19 dalam negara kepada 4,698,401 kes.

Artikel Berkaitan: