Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir

Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia. - Foto FB BAM
Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia. - Foto FB BAM
A
A
A

PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022 apabila mengejutkan pasangan nombor tujuh dunia dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue di Gimnasium Metropolitan, sebentar tadi.

Biarpun menerima tentangan sengit di awal permainan, namun Soon Huat-Shevon berjaya menguasai perlawanan sebelum menang 21-16, 21-4 dalam tempoh 38 minit.

Soon Huat-Shevon yang merupakan pasangan ranking ke-11 dunia dilihat menerima tentangan sengit pada set pertama apabila pasangan Perancis itu dilihat mempamerkan aksi agresif.

Bagaimanapun, Soo Huat-Shevon dilihat masih mampu untuk menyaingi asakan-asakan berkenaan sebelum menang 21-16.

Set kedua menyaksikan penguasaan penuh Soon Huat-Shevon sebelum menewaskan Gicquel-Delrue 21-4.

Artikel Berkaitan: