Pengadil punca Barnsley tersingkir

Duff - Foto Barnsley FC
Duff - Foto Barnsley FC
A
A
A

KEKALAHAN 1-3 Barnsley kepada Leeds United dalam saingan Piala Liga di Elland Road pada Khamis, dikatakan berpunca daripada kesilapan pengadil dalam membuat beberapa keputusan pada perlawanan berkenaan.

Menurut pengendali Barnsley, Michael Duff, banyak keputusan yang dibuat oleh pengadil, John Brooks boleh dipertikaikan.

"Kami benar-benar kecewa dengan mutu pengadilan pada perlawanan ini. Sebenarnya, tiada siapa yang gembira sekiranya mengalami kekalahan, tetapi bukan dengan mutu pengadilan seperti ini.

"Kami bermula dengan baik dan walaupun ketinggalan 0-2, pemain dilihat masih mempamerkan aksi bertenaga.

"Namun, beberapa keputusan daripada pengadil perlawanan kali ini nyata mengecewakan kami," katanya.

Pada perlawanan berkenaan pemain Leeds, Luis Sinisterra menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-21 disusuli jaringan Mateusz Klich menerusi sepakan penalti pada minit ke-32.

Bagaimanapun, Mad Juel Andersen menjaringkan gol buat Barnsley pada minit ke-35 sebelum Klich menjaringkan gol ketiga pada minit ke-56 manakala gol tunggal Barnsley dijaringkan oleh Mads Juel Andersen pada minit ke-35.

Mengulas mengenai aksi keseluruhan perlawanan, Howe mengakui berpuas hati dengan aksi dipersembahkan kesebelasan Barnsley.

Artikel Berkaitan:

Katanya, aksi sedemikian perlu berterusan jika skuad berkenaan mahu melakar lebih banyak kejayaan.

"Saya akui pemain-pemain telah mempamerkan aksi yang terbaik, namun ia sebenarnya masih belum di tahap optimum... mungkin selepas ini aksi-aksi berkenaan boleh dipertingkatkan lagi bagi meraih kejayaan," katanya.