Masjid Sultan Abdullah lokasi program Malaysia #QuranHour

Nur Atikah (lima dari kiri) bersama sebahagian jawatankuasa program Malaysia #QuranHour yang akan diadakan di Masjid Sultan Abdullah Masjid Tanah pada 30 Ogos ini.
Nur Atikah (lima dari kiri) bersama sebahagian jawatankuasa program Malaysia #QuranHour yang akan diadakan di Masjid Sultan Abdullah Masjid Tanah pada 30 Ogos ini.
A
A
A

MELAKA - Jawatankuasa Rumah Ngaji Negeri Melaka sedang membuat persiapan rapi menjelang program Malaysia #QuranHour bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 tahun ini peringkat negeri.

Penyelaras Rumah Ngaji Melaka, Nur Atikah Amir berkata, program yang akan berlangsung di Masjid Sultan Abdullah Masjid Tanah pada 30 Ogos ini menyasarkan lebih 350 peserta menjayakan program itu.

Menurutnya, agenda berinteraksi dengan al-Quran itu akan membawa formula bagi menyembuh dan merawat Malaysia dengan solusi daripada ALLAH SWT melalui surah Al-Sajdah.

Masjid Sultan Abdullah Masjid Tanah, Melaka dipilih sebagai lokasi Malaysia #QuranHour peringkat Negeri Melaka.
Masjid Sultan Abdullah Masjid Tanah, Melaka dipilih sebagai lokasi Malaysia #QuranHour peringkat Negeri Melaka.

"Dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama merupakan kolaborasi kita dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan agensi lain untuk membudayakan al-Quran.

"Cuma kelainan program kali ini di Melaka diadakan di kawasan luar bandar dengan pemilihan Masjid Tanah sebagai destinasi kita," katanya kepada Sinar Harian selepas mesyuarat Malaysia #QuranHour Melaka di sini, pada Khamis.

Rohana
Rohana

Sementara itu, Penyelaras Rumah Ngaji Masjid Tanah, Rohana Sulaiman berkata, pihaknya teruja apabila kawasan Masjid Tanah menjadi lokasi utama peringkat negeri untuk Malaysia #QuranHour yang serentak diadakan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, secara tidak langsung penganjuran program oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang julung kali diadakan di Masjid Tanah dapat menarik penduduk setempat untuk menyertai Rumah Ngaji di kawasan ini yang kini mempunyai lebih 100 orang ahli.

"Kita harap orang ramai dapat hadir untuk bersama kita memuji kebesaran ALLAH pada hari itu," katanya.