Howe lega kebangkitan Newcastle

Aski pemain Newcastle (kanan) dan Tranmere pada aksi pusingan Piala FA di Prenton Park, pada Khamis. - Foto Skysports
Aski pemain Newcastle (kanan) dan Tranmere pada aksi pusingan Piala FA di Prenton Park, pada Khamis. - Foto Skysports
A
A
A

PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe lega menyaksikan kebangkitan skuad kendaliannya itu untuk menewaskan Tranmere 2-1 dalam saingan Piala Liga di Prenton Park pada Khamis.

Menurut Howe, setelah ketinggalan apabila penyerang Tranmere, Elliott Nevitt menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-21, kesebelasan Newcastle dilihat berjaya bangkit dan menjaringkan dua gol bagi merekodkan kemenangan berkenaan.

"Jujur, saya lega dengan kemenangan ini. Saya akui Tranmere telah mempamerkan aksi mantap dan pantas bagi memerangkap kami.

"Gol pertama mereka nyata menyentak semangat pemain dan menyaksikan mereka (pemain) mula mengatur asakan ke gawang lawan bagi menjaringkan gol penyamaan.

"Apa pun, bagi saya perlawanan ini sememangnya agak sukar namun ia berjaya ditangani oleh pemain dan seterusnya mengesahkan slot Newcastle ke pusingan ketiga kelak," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Newcastle dikejutkan dengan gol pembukaan hasil jaringan penyerang Tranmere, Elliont Nevitt pada minit ke-21.

Bagaimanapun, pemain gantian The Magpies, Jamal Jamaal Lascelles menyamakan kedudukan pada minit ke-40 sebelum penyerang, Chris Wood meledak gol kedua yang juga gol kemenangan pada minit ke-52.

Sementara itu, Howe berharap kesemua pemain dapat belajar sesuatu daripada aksi berdepan dengan skuad dari saingan Liga Kejuaraan, Tranmer yang sememangnya sentiasa beraksi dengan penuh semangat apabila berdepan dengan skuad dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Artikel Berkaitan:

"Pada kebiasaannya, pasukan-pasukan di saingan Liga Kejuaraan akan mempamerkan aksi 'luar biasa' apabila berdepan dengan skuad dari EPL.

"Oleh sebab itu sering berlaku kejutan. Semalam (kelmarin), kita saksikan pasukan seperti Fulham telah disingkirkan oleh Crawley Town FC dan Leicester City hampir-hampir diaibkan oleh Stockport County," katanya.