Waris Datuk Sagor galak Pasir Salak difilemkan

Ramli
Ramli
A
A
A

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib menyambut baik usaha pihak produksi yang mahu menghasilkan filem epik sejarah Pasir Salak.

Ramli, 81, yang juga waris keturunan Datuk Sagor menggalakkan pihak swasta menfilemkan kisah penentangan orang Melayu terhadap penjajah hingga mengakibatkan pembunuhan Residen Inggeris, JWW Birch pada tahun 1875.

Menurutnya, filem itu dijangka dapat menarik minat penonton berikutan kisah sejarah itu dikenali atau mempunyai jenama tersendiri.

"Jika sejarah Pasir Salak mahu difilemkan, ia sesuatu yang baik dan ada kelebihan kerana kisah ini sudah ada jenama, ada imej.

Dalam kisah ini ada tokoh yang dikenali seperti Datuk Sagor, Pasir Salak dan Datuk Maharaja Lela.

"Kalau kita nak cipta jenama ini susah tetapi Pasir Salak sudah ada sejarah, pengorbanan, drama dan mitosnya, semua ada di situ.

Kalau hendak memulakan pembikinan filem ini, sudah ada 1,000 langkah ke arah satu filem," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Bicara Tokoh: Peristiwa Pembunuhan J.W.W Birch dari perspektif waris Dato Sagor di Institut Perguruan (IPG) Kampus Ipoh di sini pada Rabu.

Ramli (lima dari kiri) bersama warga IPG pada Program Bicara Tokoh: Peristiwa Pembunuhan J.W.W Birch dari perspektif waris Dato Sagor di Ipoh.
Ramli (lima dari kiri) bersama warga IPG pada Program Bicara Tokoh: Peristiwa Pembunuhan J.W.W Birch dari perspektif waris Dato Sagor di Ipoh.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian mengulas usaha pengarah filem, Syamsul Yusof untuk meneruskan semula projek filem Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, Pasir Salak- King Of The River yang sudah lama tergendala.

Ditanya mengenai fakta sejarah untuk filem Pasir Salak, Ramli berkata, perkara itu bergantung kepada kreativiti pengarahnya untuk menarik minat orang ramai.

"Kalau banyak fakta nanti orang tidak datang (tonton) hendak buat apa.

Banyak filem sekarang ada mitos dan itulah ramai yang suka.

"Namun, ia terpulang kepada kearifan mereka dalam pembikinan filem kerana ini perniagaan yang melibatkan kos, penggunaan teknologi dan sebagainya. Banyak perkara difikirkan," katanya.