Shahidan terima jawatan KL City FC selepat buat semakan

Shahidan
Shahidan
A
A
A

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau hanya akan menerima jawatan dalam Kuala Lumpur (KL) City FC setelah membuat semakan dengan agensi berkaitan.

Shahidan yang diumumkan sebagai Penaung merangkap Presiden skuad 'The City Boys' oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Abdul Samad semalam, bagaimanapun berterima kasih atas pelantikan tersebut.

"Namun, saya akan menerima jawatan setelah saya membuat semakan dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan KL City FC bebas daripada sebarang isu.

"Ini bagi memastikan prestasi kelab bola sepak tersebut sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen pembangkang dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, semalam berkata, pelantikan Shahidan akan menjadi bukti perpaduan melalui bola sepak tanpa mengira perbezaan politik, demi kemajuan bola sepak Kuala Lumpur.

Shahidan juga adalah Presiden Renang Malaysia (MS) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). - Bernama

Artikel Berkaitan: