Banjir kilat, pokok tumbang landa ibu kota

Insiden pokok tumbang turut menyebabkan kerosakan kepada kenderaan orang awam.
Insiden pokok tumbang turut menyebabkan kerosakan kepada kenderaan orang awam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat bermula jam 4 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan sekitar ibu kota di naiki air dan insiden pokok tumbang.

Banjir kilat berlaku di Jalan Setiawangsa di sini sementara enam kes pokok tumbang turut dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, bilik gerakan menerima panggilan kes pokok tumbang di beberapa kawasan antara jam 4 petang sehingga jam 5 petang.

"Kawasan terlibat termasuk Taman Rakyat Cheras, Jalan Menara Gading 1, berhampiran bulatan Kampung Cheras Baru, Taman Shamelin Perkasa dan Jalan Sungai Besi.

"Balai Bomba dan Penyelamat terlibat bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang," katanya.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan.

Artikel Berkaitan: