'Separuh badan mangsa dibaham buaya'

Mayat lelaki yang dibaham buaya ditemukan di Sungai Pegagau, Semporna.
Mayat lelaki yang dibaham buaya ditemukan di Sungai Pegagau, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Lelaki yang hilang sejak Ahad lalu ditemukan meninggal dunia tidak jauh dari lokasi dia dibaham buaya di Sungai Pegagau di sini pada Selasa.

Mayat Azman Tugau, 35, ditemukan kira-kira jam 5 petang dalam keadaan terapung dan separuh anggota badannya didapati telah tiada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Faisal Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari ketiga dimulakan pada jam 7.45 pagi.

Katanya, pencarian dilakukan di permukaan sungai menggunakan bot penyelamat dengan menyusuri muara Sungai Pegagau iaitu lokasi mangsa dibaham buaya.

"Pihak bomba kemudian menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bahawa mangsa telah berjaya ditemukan oleh orang awam kira-kira 800 meter dari lokasi dia diserang haiwan berkenaan.

"Menurut penduduk kampung, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dengan bahagian sebelah tangan dan bahagian pinggang serta kaki telah tiada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, dengan penemuan mayat mangsa itu operasi SAR ditamatkan pada jam 5.57 petang.

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan mangsa hilang selepas dibaham buaya ketika keluar memancing dengan sepupunya di sungai berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu disaksikan oleh sepupunya sendiri yang turut nyaris menjadi mangsa haiwan berkenaan.