Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

SEMPORNA - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna, Faizal Ahmad berkata, mangsa Azman Tugau dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 3 petang tadi.

"Maklumat mengenai kejadian diperoleh dari rakan mangsa yang bersama-sama memancing, maklumat lain seperti umur mangsa tidak diperoleh dan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Faizal dalam pada itu berkata, pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Katanya, berdasarkan maklumat awal diperolehi mangsa berusia 34 tahun memancing di pinggir sungai bersama sepupunya tanpa menggunakan bot.

"Tiba-tiba mangsa dibaham buaya dan sepupu beliau yang berjaya melarikan diri kemudiannya melaporkan kejadian kepada pihak polis," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 8.35 malam ini, dan akan disambung semula pada pukul 7 pagi esok.

Artikel Berkaitan: