Jaga keluarga, pesan Najib

Najib keluar dari Kompleks Mahkamah diiringi kenderaan PDRM selepas didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam rayuan terakhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta milik dana SRC International Sdn Bhd. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Menantu Datuk Seri Najib Tun Razak, Nur Sharmila Shaheen memaklumkan bapa mentuanya mengingatkan agar anak-anaknya menjaga keluarga sepanjang ketiadaannya bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Nur Sharmila yang merupakan isteri kepada Datuk Mohd Nizar berkata, Najib kekal tabah sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

"Beliau minta jaga keluarga dan 'remain strong'," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada Selasa.

Ujarnya, bekas Perdana Menteri itu dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Najib berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan: