Lelaki serang dua anggota polis diberkas

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Algeria ditahan selepas menyerang dua anggota polis di pondok pengawal dan menceroboh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, suspek datang ke pondok pengawal dan cuba bertanyakan sesuatu kepada salah seorang anggota polis yang bertugas.

"Suspek tiba-tiba mengeluarkan tukul besi dan mengetuk kepala anggota terbabit sebelum mengejar seorang lagi anggota polis lain dipercayai untuk merampas senjata api jenis HK MP5 yang dibawa oleh anggota terbabit," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Azmi berkata, suspek turut mengetuk belakang badan anggota polis terbabit dengan tukul besi yang dibawanya.

"Beberapa anggota polis lain datang serta menghalang tindakan agresif suspek," katanya.

Beliau berkata, suspek berkemungkinan berada dalam keadaan mabuk atau kurang siuman itu berjaya diberkas untuk tindakan lanjut.

"Suspek kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan akibat kecederaan semasa pergelutan, manakala dua lagi anggota juga turut dihantar ke hospital sama juga untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan: