Rumah panjang terbakar, 171 tinggal sehelai sepinggang

Kebakaran melibatkan rumah panjang struktur tidak kekal yang terbakar 98 peratus.Foto hiasan 123RF
Kebakaran melibatkan rumah panjang struktur tidak kekal yang terbakar 98 peratus.Foto hiasan 123RF
A
A
A

SIBU - Seramai 171 penghuni rumah panjang (Rh) di Km 58, Jalan Sibu-Selangau, tinggal sehelai sepinggang selepas Rh Jugan yang didiami mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Enam bayi serta seorang Orang Kurang Upaya (OKU) antara penghuni rumah panjang 37 pintu itu yang selamat dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dengan dibantu pasukan dari BBP Sungai Merah digerakkan ke lokasi sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 pagi.

"Ia melibatkan rumah panjang struktur tidak kekal yang terbakar 98 peratus.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat 12.30 tengah hari kerja-kerja overhaul masih lagi dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: