Suami isteri ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan sepasang suami isteri selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM90,000 kepada sebuah jabatan, empat tahun lalu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 38 dan 39 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pada jam 11.30 pagi pada Selasa selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada tahun 2019 dan 2020, suspek wanita yang juga pegawai daripada jabatan sama telah bersubahat dengan suaminya untuk membuat tuntutan berkaitan perkhidmatan mengambil dan menghantar pelajar sekolah menggunakan invois dari sebuah syarikat pengusaha van sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Artikel Berkaitan: