Saran Rasuah Busters diperluas ke tadika swasta

Kanak-kanak dari beberapa tadika swasta di Hulu Selangor meraikan Hari Kemerdekaan dan diberikan taklimat ringkas tolak rasuah.
Kanak-kanak dari beberapa tadika swasta di Hulu Selangor meraikan Hari Kemerdekaan dan diberikan taklimat ringkas tolak rasuah.
A
A
A

HULU SELANGOR - Rasuah Busters medium tepat memberikan pendedahan awal mencegah rasuah di peringkat akar umbi.

Pengerusi persatuan Tadika Swasta Hulu Selangor, Zaitun Ishak, mencadangkan kempen Rasuah Busters diperkenalkan kepada kanak-kanak melalui program-program di tadika swasta.

Menurutnya, keburukan rasuah perlu diberitahu kepada kanak-kanak dalam usaha melahirkan generasi pewaris yang berdedikasi dan tidak terlibat rasuah.

"Suka atau tidak, kadang kala kita terpaksa terlibat dengan amalan rasuah kerana ia telah menjadi asam garam ketika berurusan dengan agensi tertentu.

"Kita sebagai generasi yang sedar dengan masalah ini, kena buat sesuatu. Itu sebab saya bawa pasukan Rasuah Busters datang beri taklimat kepada anak-anak tadika untuk beri pendedahan pentingnya menolak rasuah," katanya pada program Sambutan Hari Kemerdekaan Gabungan Tadika Swasta Hulu Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa di sini pada Selasa.

Program disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Madya Dr Hamdan Daniel M Sharib.

Zaitun
Zaitun

Artikel Berkaitan:

Zaitun berkata, isu rasuah kini menjadi perhatian serius dan usaha pencegahan yang dilakukan menunjukkan perubahan positif.

"Saya saran supaya Rasuah Busters masuk ke tadika swasta, walaupun usaha ini nampak kecil tapi memberikan kesan besar kerana mahu mencegah rasuah dari akar umbi.

"Saya bersyukur kepimpinan yang ada sekarang terus memerangi rasuah dan kami sebagai warga pendidik akan bersama-sama perangai rasuah dengan cara kami," katanya beliau.

Hamdan Daniel
Hamdan Daniel

Sementara itu, Hamdan Daniel berkata, banyak program dirangka melibatkan jalinan kerjasama pelbagai pihak termasuk pengusaha taska dan juga universiti bagi membawa mesej perangi rasuah menerusi kempen 'Mak Kata Jangan'.

"Harapan kami semoga Rasuah Busters menjadi program berkala yang berlangsung sepanjang masa dan bukan projek bermusim.

"Mungkin ada kekangan dari segi bajet tapi boleh diusahakan secara bersama atau bekerjasama dengan beberapa program lain supaya objektif tolak rasuah tercapai," ujarnya.

Jelas beliau, siri penerangan dilakukan ke pelbagai peringkat umur dari usia kecil hingga dewasa untuk sama-sama merasai semangat Rasuah Busters.

"Program hari ini (Selasa) bermatlamat mendidik generasi muda erti merdeka dan merdekakan Malaysia daripada rasuah.

"Kami mahu sampaikan kepada masyarakat, sudah ada gerakan dari rakyat untuk rakyat dalam usaha mencegah rasuah lebih baik daripada mengubati," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!