'Tidak ada bincang isu desak Perdana Menteri campur kes mahkamah'

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan adanya perbincangan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencampuri urusan mahkamah.

Katanya, tidak wujud sebarang pertentangan dalam kalangan kepimpinan bahagian sebagaimana yang digambarkan.

“Saya turut berada dalam mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi hingga pukul 1.30 tengah hari. Tiada langsung agenda perbincangan mendesak PM (Perdana Menteri) mencampuri urusan mahkamah, apatah lagi seolah-olah wujud pertentangan di kalangan kepimpinan bahagian mengenainya.

“Ini satu pelaporan berita fitnah yang langsung tidak bertanggungjawab dan beretika. Media seharusnya mendapatkan atau memetik sumber yang sahih, bukan hanya sekadar menyatakan sumber dalaman yang tidak berasas hingga mencetuskan persepsi negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan laporan media pada Isnin yang menyatakan usaha untuk mendesak Ismail Sabri supaya campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan gagal mencapai persetujuan ramai.

Laporan itu mendakwa, ia dibincangkan ketika mesyuarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Isnin.

Tambahnya, perbincangan yang dilakukan adalah lebih kepada isu-isu mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Apakah logik untuk mendesak PM campur tangan kes SRC yang sudah sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan? Lagipun bukan PM yang melantik hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang ada hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan: