16 maut, dua trak langgar bas mini

Keadaan bas mini yang remuk teruk setelah dilanggar oleh dua trak dalam kemalangan di Nikolayevka, Rusia. - Foto AFP
Keadaan bas mini yang remuk teruk setelah dilanggar oleh dua trak dalam kemalangan di Nikolayevka, Rusia. - Foto AFP
A
A
A


MOSCOW - Enam belas orang terbunuh pada Ahad apabila sebuah bas mini dilanggar oleh dua buah trak di wilayah Ulyanovsk di selatan Rusia.

Menurut saksi, sebuah trak bertembung dengan sebuah bas mini yang dalam perjalanan ke arah yang bertentangan berhampiran perkampungan Nikolayevka.

Ketika kemalangan, bas mini terbabit turut dirempuh dari belakang oleh sebuah trak lain.

Menurut rakaman yang disiarkan oleh saluran televisyen Rusia, Ren TV, bas mini itu hampir 'diratakan' sepenuhnya akibat dilanggar dua trak tersebut.
Artikel Berkaitan:


Kemalangan itu menyebabkan 16 orang maut membabitkan 14 warga Kyrgyzstan dan dua warga Rusia, lapor perkhidmatan menyelamat yang dipetik oleh agensi berita TASS.

Menteri Hal Ehwal Luar Kyrgyzstan mengesahkan kematian 14 rakyat negara itu dalam satu kenyataan.

Tiga orang lagi iaitu dua lelaki dan seorang wanita dihantar ke hospital dalam keadaan serius untuk menerima rawatan. - Agensi