Misteri imej kapal terbang di hutan hujan Australia

Satu imej misteri kapal terbang besar dirakamkan di hutan Australia menerusi Google Maps baru-baru ini. - Foto Google Maps
Satu imej misteri kapal terbang besar dirakamkan di hutan Australia menerusi Google Maps baru-baru ini. - Foto Google Maps
A
A
A

BRISBANE - Para pengguna media sosial kebingungan apabila satu imej kapal terbang bersaiz besar ditemui berada di hutan hujan negeri Queensland, Australia baru-baru ini.

Imej itu ditemui berdasarkan Google Maps atau Peta Google yang menunjukkan sama ada pesawat tersebut berada di Banjaran Cardwell atau terbang rendah di kawasan itu.

Ia kelihatan seperti pesawat Airbus A320 atau Boeing 737.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu Cairns Post ia tidak mengetahui sebarang pesawat penumpang yang hilang di ruang udara negara itu.

"Nampaknya, terdapat satu fenomena yang dipanggil imej hantu dan itu mungkin perkara ini," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Google kemudiannya mengumumkan ia adalah imej 'hantu' dan ia terbentuk dengan gabungan beberapa imej.

Ia juga kemungkinan imej sekunder yang dihasilkan oleh sistem optik.

Imej hantu itu sebelum ini pernah muncul apabila terdapat sebuah pulau misteri di Australia wujud dalam Google Maps.

Artikel Berkaitan:

Pulau itu dipercayai sepanjang 24 kilometer (km) dan lebar 5 km tetap sebenarnya ia tidak wujud. - Agensi