Sri Muda dinaiki air, bomba gerakkan aset

Keadaan beberapa kawasan sekitar Sri Muda, Shah Alam mula dinaiki air sejak petang Sabtu.
Keadaan beberapa kawasan sekitar Sri Muda, Shah Alam mula dinaiki air sejak petang Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menggerakkan beberapa aset termasuk bot ke kawasan Sri Muda yang mula dinaiki air pada petang Sabtu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, beberapa kawasan di Sri Muda mula dinaiki air ekoran hujan yang berlarutan sejak beberapa jam.

Menurutnya, pihaknya menerima makluman awal mengenai kejadian itu pada jam 5.15 petang.

"Berdasarkan pemantauan setakat ini, tiada rumah yang dinaiki air dan hanya melibatkan beberapa jalan di sekitar Sri Muda.

"Dua buah bot serta satu jentera telah digerakkan ke Sri Muda untuk melakukan pemantauan di seluruh lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beberapa kawasan sekitar Sri Muda, Shah Alam mula dinaiki air sejak petang Sabtu.
Beberapa kawasan sekitar Sri Muda, Shah Alam mula dinaiki air sejak petang Sabtu.

Norazam berkata, pihaknya sememangnya dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi segala kemungkinan terutamanya banjir ketika ini.

"Keadaan cuaca yang tidak menentu sememangnya pihak JBPM Selangor diletakkan dalam keadaan yang bersiap siaga.

"Ini termasuklah merangkumi tugas menyelamat dan melakukan operasi pemindahan sekiranya keadaan memerlukan," katanya.