Sultan Selangor kurnia watikah pelantikan

Sultan Sharafuddin (kanan) berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Alimuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam Kebangsaan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Sultan Sharafuddin (kanan) berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Alimuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam Kebangsaan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Selangor Royal Office dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya memaklumkan, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-259 yang bersidang pada 30 Jun 2022 telah memperkenankan pelantikan itu berkuat kuasa 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Pendidikan Islam Kebangsaan ini ditukar nama daripada Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1983.

"Keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada wakil bagi negeri masing-masing yang dilantik oleh Raja Pemerintah Negeri dan enam ahli lantikan Majlis Raja-Raja.

"Baginda selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

"Turut bersama menyaksikan majlis ialah ahli lantikan Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan yang lain, Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Wan Kamal Mujani," kata kenyataan itu pada Sabtu.