Pemimpin UMNO ucap takziah kepada Zahida

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan atas kehilangan suaminya.

Ucapan tersebut dibuat oleh Ahmad menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

“Salam takziah buat Zahida sekeluarga. Semoga segala urusan terakhir arwah dipermudahkan, Insya-ALLAH.

Turut sama memberikan ucapan takziah ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Takziah kepada Datuk Zahida Zarik Khan, Ketua Puteri Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pemergian suami tercinta.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman di sisi ALLAH SWT,” ujar beliau di laman sosial.

Zahida merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang dilantik pada tahun 2018.

Beliau turut dilantik sebagai Ketua Puteri (BN) selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan tersebut pada Isnin lalu.