Imigresen gempur kilang proses daging

Imigresen melakukan pemeriksaan terhadap sekumpulan PATI ketika Ops Mahir di Taman Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Mukim Batu, semalam.
Imigresen melakukan pemeriksaan terhadap sekumpulan PATI ketika Ops Mahir di Taman Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Mukim Batu, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menyerbu sebuah kilang daging sejuk beku di Taman Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Mukim Batu, selepas dipercayai menggajikan warga asing tanpa permit.

Operasi menerusi Ops Mahir, kira-kira jam 4 petang, semalam, mendapati terdapat segelintir warga asing ini cuba menyembunyikan diri di celah mesin pemprosesan.Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi dua jam itu menahan 44 warga asing termasuk empat wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

"Tangkapan melibatkan warga Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.

"Selain itu, seorang lelaki tempatan yang juga pengurus sumber manusia kilang berkenaan ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati pendatang asing tanpa izin (PATI) menyalahgunakan pas lawatan sosial.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 55E Akta Imigresen dan Perkara 39(b) peraturan-peraturan Imigresen.

"Operasi sebegini akan terus dilakukan bagi memastikan majikan mengikut peraturan yang ditetapkan untuk menggajikan warga asing sebagai pekerja," katanya.

Artikel Berkaitan: