Kikis tanggapan buli rapatkan hubungan senior, junior

Wan Hassan ( kanan) menerima cenderamata daripada Pengerusi Penglibatan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) negeri Kedah merangkap Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Zainol Abidin Mohamad selepas majlis pelancaran.
Wan Hassan ( kanan) menerima cenderamata daripada Pengerusi Penglibatan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) negeri Kedah merangkap Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Zainol Abidin Mohamad selepas majlis pelancaran.
A
A
A

KUBANG PASU - Masyarakat khususnya pelajar sekolah perlu mengikis tanggapan amalan buli adalah cara untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar senior dan junior terutamanya di sekolah berasrama.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, tanggapan yang telah diwarisi sama ada di sekolah mahupun universiti itu harus dihentikan untuk mengelakkan kes-kes yang tidak diingini berlaku.

Katanya, lazimnya kes buli berlaku di asrama kerana pelajar senior berharap pelajar junior dapat menunjukkan rasa hormat dengan mengikut segala arahan yang diberikan.

"Pelajar senior rasa mereka perlu dihormati kerana mereka lebih lama berada di situ dan ada yang maklumkan bahawa itu salah satu cara untuk akrabkan hubungan antara mereka," katanya selepas melancarkan program Sekolahku Sejahtera serta pelancaran Portal Aduan Buli di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun, di sini pada Khamis.

Katanya, budaya buli pada zaman dahulu tidak terlalu agresif seperti sekarang ini sehingga melibatkan jenayah.

"Cara buli sekarang ada melibatkan elemen jenayah sehingga menyebabkan mengalami kecederaan dan kecacatan dan itu yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya

"Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan bagi merapatkan hubungan di antara pelajar senior dan junior, tidak semestinya dengan buli," katanya.

Wan Hassan menambah, pelancaran Portal Aduan Buli yang dilancarkan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk melaporkan sebarang kes yang melibatkan budaya buli.

Wan Hassan bergambar bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Zainol Abidin Mohamad selepas pelancaran program Sekolahku Sejahtera serta pelancaran Portal Aduan Buli di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun, di sini pada Khamis.
.
Wan Hassan bergambar bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Zainol Abidin Mohamad selepas pelancaran program Sekolahku Sejahtera serta pelancaran Portal Aduan Buli di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun, di sini pada Khamis. .

"Ini supaya tindakan segera dapat diambil sama ada di peringkat kementerian mahupun polis," katanya.

Katanya, terdapat kes buli yang tidak dilaporkan ke pihak berkuasa kerana pihak terlibat tidak mahu memperbesarkan keadaan selain cuba menyelesaikan sendiri.

“Jadi, dengan adanya portal ini mereka boleh terus melaporkan kes buli yang berlaku tetapi saya harap kes-kes itu dapat dikurangkan dan kalau boleh tiada langsung kes buli di Kedah selepas ini,” katanya.

Pada 13 Ogos lalu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyediakan portal aduan buli sebagai usaha menambah baik pendekatan memerangi kes buli di sekolah.

Katanya, ibu bapa dan guru boleh membuat laporan mengenai kes buli di sekolah menerusi tiga kaedah iaitu panggilan telefon, e-mel dan dalam sistem portal itu sendiri.