Hospital Pasir Mas kesan waris pesakit meninggal dunia

Unit Forensik Hospital Pasir Mas mengesan waris kepada seorang wanita yang meninggal dunia pada 10 Ogos lalu untuk urusan pengebumian.
Unit Forensik Hospital Pasir Mas mengesan waris kepada seorang wanita yang meninggal dunia pada 10 Ogos lalu untuk urusan pengebumian.
A
A
A

PASIR MAS - Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini mengesan waris kepada seorang wanita yang meninggal dunia pada Selasa lalu untuk urusan pengebumian.

Pengarah Hospital Pasir Mas, Dr Norhana Mohd Fadzil berkata, wanita yang dikenali sebagai Kamariah Shafie, 62, meninggal dunia pada jam 3.45 petang dan sehingga kini jenazahnya tidak dituntut oleh waris atau ahli keluarganya.

Katanya, alamat terakhir warga emas berkenaan ialah Lot 357 Kampung Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

"Pihak polis telah cuba mengesan waris kepada si mati di alamat berkenaan tetapi gagal," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali arwah boleh menghubungi pihak hospital dengan segera di talian 09-7932300.

Artikel Berkaitan: