Covid-19: Kes baharu menurun kepada 2,437

Kes Covid-19 baharu menurun sebanyak 2,437 pada Isnin. - Gambar hiasan
Kes Covid-19 baharu menurun sebanyak 2,437 pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kes Covid-19 baharu di dalam negara direkodkan menurun sebanyak 2,437 pada Isnin berbanding 2,045 kes pada hari sebelumnya dengan enam daripadanya adalah kes import.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu di Malaysia kepada 4.7 juta.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin adalah sebanyak lapan kematian dengan dua daripadanya melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat wabak itu di dalam negara kini sebanyak 36,093 kes.

Sementara itu, daripada 42,203 kes Covid-19 yang masih aktif setakat Isnin, 31 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,566 lagi pesakit ditempatkan di hospital.

Sebanyak 81 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin pula adalah 3,658 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh Covid-19 dalam negara kepada 4,659,688 kes.