Thailand lapor kes kelima cacar monyet

Ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet. - Foto 123rf
Ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet. - Foto 123rf
A
A
A

BANGKOK - Seorang wanita tempatan berusia 25 tahun disahkan pesakit terbaharu cacar monyet di Thailand, menjadikan jumlah kes setakat ini mencecah lima orang.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong berkata, wanita itu mempunyai sejarah perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan dipercayai dijangkiti sebelum tiba di sini.

"Wanita itu mengalami gejala sebelum tiba di Thailand.

"Setibanya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, wanita itu dikesan mengalami simptom ketara dan ruam di badannya.

"Dia kemudiannya dibawa ke hospital. Ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan telah mengenal pasti dua penumpang warga asing yang duduk bersebelahan wanita itu dan telah dikategori sebagai kontak rapat.

"Pegawai kesihatan sedang mengesan para penumpang itu dalam usaha membendung penularan cacar monyet," katanya.

Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun di Phuket, pada 18 Julai.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri selepas dimaklumkan keputusan ujiannya.

Dia kemudiannya ditemui di Phnom Penh dan dirawat di hospital. - Bernama