Pemaju tidak patuh syarat ditetapkan: Exco

Sinar Harian pada Isnin menyiarkan kira-kira 300 penduduk membabitkan 50 buah rumah di kedua-dua kampung itu hidup dalam keresahan berikutan pembangunan projek perumahan dalam kampung itu didakwa mengancam keselamatan penduduk. Gambar kecil: Rahmad
Sinar Harian pada Isnin menyiarkan kira-kira 300 penduduk membabitkan 50 buah rumah di kedua-dua kampung itu hidup dalam keresahan berikutan pembangunan projek perumahan dalam kampung itu didakwa mengancam keselamatan penduduk. Gambar kecil: Rahmad
A
A
A

MELAKA - Masalah yang menghantui penduduk di Kampung Seberang Anak Air dan Kampung Solok Paya Baru, Tiang Dua, Ayer Molek di sini, disebabkan sikap pemaju projek perumahan yang tidak mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad berkata, pihak berkenaan telah diarahkan untuk mematuhi syarat yang telah dikeluarkan termasuk menyegerakan pemasangan ‘hoarding’ dan tembok penahan bagi mengelak berlaku kejadian tanah runtuh hingga meresahkan penduduk.

Menurutnya, pemaju juga diminta membina parit konkrit bagi jalan kampung sedia ada untuk menggelakkan berlaku kejadian banjir dan insiden yang tidak diingini.

Katanya, pemaju bersetuju menyediakan jalan alternatif di tebing sungai sementara bagi pembinaan longkang utama.

"Persetujuan itu dibuat selepas mengadakan lawatan bersama pemaju dan penduduk pada Rabu lalu.

"Antara isu lain yang dibangkitkan penduduk termasuk masalah sistem perparitan utama, tanah yang ditambak dan isu kebersihan berpunca dari projek itu.

"Masalah yang diluahkan penduduk sebenarnya telah berada dalam pengetahuan saya namun kelulusan projek ini dibuat semasa di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH)," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, setelah pertukaran kerajaan, beliau juga telah menetapkan pelbagai syarat ketat kepada pemaju kerana projek pembangunan itu dilaksanakan dalam kawasan kampung di Kampung Tambak Paya yang berisiko banjir.

"Selepas lawatan itu kita telah mengarahkan beberapa perkara untuk tindakan pemaju yang telah dipersetujui melalui hasil perbincangan bersama," katanya.

Sinar Harian pada Isnin menyiarkan kira-kira 300 penduduk membabitkan 50 buah rumah di kedua-dua kampung itu hidup dalam keresahan berikutan pembangunan projek perumahan dalam kampung itu didakwa mengancam keselamatan penduduk.

Penduduk mendakwa projek yang bermula sejak beberapa bulan lalu tidak dibina penghadang menyebabkan debu berterbangan dan mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap setiap hari.