Pembukaan semula tiga pos Gabma perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia

Majlis perasmian pengaktifan pos Gabma pada Isnin disempurnakan Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Briged Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff di kem JPG Tebedu, Serian. - Foto Bernama
Majlis perasmian pengaktifan pos Gabma pada Isnin disempurnakan Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Briged Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff di kem JPG Tebedu, Serian. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Pengaktifan semula tiga Pos Gabungan Malaysia Indonesia (Gabma) membuktikan dengan jelas usaha Malaysia-Indonesia meneruskan dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua pihak, setelah tertangguh sejak awal 2020 susulan penularan wabak Covid-19.

Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pos Gabma yang dibuka semula menerusi Operasi Awas Keris Parang di Malaysia ialah di Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak di Lundu, Kem JPG Tebedu (Serian) dan Kem JPG Lubok Batu (Sri Aman), manakala Indonesia pula ialah di Pos Nanga Badau, Pos Entikong dan Pos Sajingan.

"Penugasan Gabma (Op Awas Keris Parang) adalah sebahagian daripada operasi kawalan sempadan Malaysia-Indonesia yang dikawal sepanjang 24 jam dengan kaedah rondaan berjalan kaki, rondaan berkenderaan serang tangkap (SERDAP) bagi mengekang aktiviti jenayah lintas sempadan dan penyeludupan.

"Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (Malaysia) menghantar lapan orang anggota ke setiap Pos Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) manakala Batalyon Infanteri 645/Gardatama Yudha (Indonesia) menghantar 10 orang anggota ke setiap Pos Tentera Darat Malaysia (TDM),” menurut kenyataan itu.

Majlis perasmian pengaktifan pos Gabma pada Isnin disempurnakan Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Briged Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff di kem JPG Tebedu, Serian. - Bernama