5 lelaki diberkas kes merusuh guna senjata

Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes merusuh menggunakan senjata di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil pada Sabtu. Foto hiasan
Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes merusuh menggunakan senjata di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil pada Sabtu. Foto hiasan
A
A
A

CHERAS – Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes merusuh menggunakan senjata di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia awal 20-an berkaitan kes tersebut.

"Pengadu mendakwa telah diserang sekumpulan lelaki menggunakan sebilah pisau dan kayu besbol," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Rosdi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 40-an pada hari sama dan tangkapan susulan dibuat dua hari kemudian.

"Hasil semakan mendapati tiga daripada lima suspek mempunyai beberapa rekod lampau jenayah.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kesemua suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas salah seorang suspek didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isteri pengadu.

"Kesemua suspek telah direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes merusuh di PPR Pinggiran Bukit Jalil
  • Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud menerima laporan daripada mangsa berusia awal 20-an
  • Serangan menggunakan pisau dan kayu besbol
  • Lima lelaki berusia 18 hingga 40-an ditahan, tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau
  • Motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap isteri pengadu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!