Bersalin atas pokok ketika banjir

Amelia dan anak perempuannya bernama Sara. - Foto UN
Amelia dan anak perempuannya bernama Sara. - Foto UN
A
A
A

MAPUTO - MOZAMBIQUE. Seorang wanita di Mozambique dilapor bersalin atas pokok ketika berlindung daripada banjir susulan Siklon Idai yang telah meragut lebih 700 nyawa.

Ibu tunggal bernama Amelia, melahirkan anak perempuannya, Sara ketika berpaut pada sebatang pokok mangga bersama-sama anak lelakinya berusia dua tahun.

"Saya bersama anak lelaki saya apabila air tiba-tiba memasuki rumah.

"Demi menyelamatkan diri, saya tiada pilihan selain daripada memanjat pokok," cerita Amelia kepada petugas Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Amelia dan keluarganya diselamatkan dua hari kemudian dan kini ditempatkan di penempatan sementara berhampiran Dombe.

Ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan sihat.

Insiden sama pernah berlaku 20 tahun lalu, apabila seorang wanita melahirkan anak perempuannya di atas pokok ketika banjir melanda di selatan Mozambique. - BBC

Artikel Berkaitan: