Banjir di Afrika Timur jejas 750,000 orang, lebih 236 maut

Hampir 750,000 orang terjejas akibat banjir teruk di Afrika Timur, dengan 234,000 hilang tempat tinggal dan lebih 236 terkorban. Foto - Xinhua
Hampir 750,000 orang terjejas akibat banjir teruk di Afrika Timur, dengan 234,000 hilang tempat tinggal dan lebih 236 terkorban. Foto - Xinhua
A
A
A

NEW YORK - Pertubuhan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Isnin hampir 750,000 orang terjejas akibat banjir teruk di Afrika Timur, dengan 234,000 hilang tempat tinggal dan lebih 236 terkorban - lebih 229 orang terkorban di Kenya, lapor Xinhua.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) juga berkata, pihak berkuasa tempatan di Kenya melaporkan lebih 285,000 orang terjejas di seluruh negara itu.

"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rakan kongsi kami menyokong tindak balas yang diterajui kerajaan dan telah menghulurkan lebih 126,000 orang dengan bantuan air dan sanitasi, 31,000 orang dengan bantuan makanan dan wang tunai, lebih daripada 5,000 orang dengan perkhidmatan kesihatan dan hampir 26,000 orang dengan tempat perlindungan kecemasan," kata OCHA.

Pejabat itu berkata di Somalia, lebih daripada 160,000 orang terjejas banjir, dengan lebih daripada 37,000 orang dipindahkan. Banjir telah mengorbankan tujuh kanak-kanak sejak 19 April, dengan negeri Hirshabelle, Jubaland dan Barat Daya antara yang paling teruk terjejas.

Hampir 750,000 orang terjejas akibat banjir teruk di Afrika Timur, dengan 234,000 hilang tempat tinggal dan lebih 236 terkorban. Foto - Xinhua
Hampir 750,000 orang terjejas akibat banjir teruk di Afrika Timur, dengan 234,000 hilang tempat tinggal dan lebih 236 terkorban. Foto - Xinhua

Agensi kemanusiaan berkata pihak berkuasa tempatan menyediakan lebih 70,000 orang dengan makanan, wang tunai, air, sanitasi, tempat tinggal dan bantuan kesihatan. Kira-kira 50 bot dikerahkan untuk menghantar bekalan atau memindahkan penduduk yang mungkin terperangkap disebabkan banjir.

"Rakan kongsi kami menganggarkan bahawa hujan dan banjir boleh menjejaskan sekurang-kurangnya 770,000 orang di Somalia," kata OCHA. "Hujan juga berkemungkinan memburukkan lagi wabak taun yang sedang berlaku di negara ini."

Agensi Kemanusiaan itu menyatakan di Burundi, hujan lebat dan kenaikan paras air Tasik Tanganyika telah menjejaskan hampir 180,000 orang sejak Januari. Sektor pertanian terjejas teruk, dengan pihak berkuasa negara menganggarkan 40,000 hektar - atau 10 peratus daripada kawasan tanaman negara - telah terjejas.

Artikel Berkaitan:

"Pelan tindak balas banjir yang memohon US$25 juta sedang dimuktamadkan untuk menyokong lebih daripada 300,000 orang," kata OCHA. "Rakan kongsi kami menyediakan sokongan penjagaan kesihatan, air minuman, tarpaulin dan sokongan psikososial."

Agensi kemanusiaan itu berkata, di Tanzania, kerajaan dan rakan kongsi mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat mengagihkan bantuan kecemasan termasuk makanan, tilam, kelambu dan khemah untuk membantu penduduk yang terjejas banjir.

Pejabat itu berkata bahawa di Rwanda, hujan lebat dan banjir membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang dan merosakkan jalan raya, jambatan dan beratus-ratus rumah. Pihak berkuasa tempatan melaporkan beberapa hektar ladang padi dan pisang turut rosak.

"Kerajaan dan rakan kemanusiaan menyokong usaha pemindahan dan tindak balas," kata OCHA. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!