Titik permulaan ke arah 40 jam

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik tindakan kerajaan mengurangkan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam, berkuat kuasa 1 September depan.
Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ia merupakan titik permulaan ke arah 40 jam waktu bekerja dalam seminggu sepertimana yang dilakukan di negara-negara maju lain.
Katanya lagi, ia juga selaras dengan cadangan dikemukakan MTUC sebelum ini yang mana mahu kerajaan menyelaraskan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 40 jam seminggu kerana bersesuaian dengan norma masa kini berbanding kehidupan sebelum pandemik Covid-19.
“Kita mengalu-alukan tindakan awal kerajaan dalam mengurangkan waktu bekerja dari 48 jam kepada 45 jam kerana bagi MTUC ini merupakan titik permulaan sebab kalau nak ikutkan dari segi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mereka kata 40 jam.