Covid-19: 4,896 kes baharu, 12 kematian

Sebanyak 4,896 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu.
Sebanyak 4,896 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat lebih 1,000 kes pada Rabu, iaitu 4,896 kes berbanding 3,083 kes pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data di portal CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.719 juta sejak pandemik melanda negara.

Selain itu, sebanyak 12 kes kematian dicatatkan, dengan enam daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Bagi kes aktif Covid-19 pula, sebanyak 44,622 kes direkodkkan dengan 96.2 peratus atau 42,942 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, sebanyak 1,577 kes kini dirawat di hospital dengan 68 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Seramai 37 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan manakala jumlah kes sembuh yang dicatatkan adalah 2,979 kes.