Lynas jawab isu lesen

Lynas
Lynas
A
A
A

KUANTAN - Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) menjelaskan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) mengeluarkan tiga lesen operasi kepada kilang memproses nadir bumi itu.

Naib Presiden yang juga Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad berkata, lesen-lesen tersebut ialah Lesen Operasi Sementara bagi tempoh 3 September 2012 hingga 2 September 2014 dan dua Lesen Operasi Penuh, iaitu bagi tempoh 3 September 2014 hingga 2 September 2016 dan 3 September 2016 hingga 2 September 2019.

“Ketiga-tiga lesen ini memerlukan Lynas Malaysia untuk menjalankan kajian R&D mengenai penggunaan semula 'residue' Water Leach Purification (WLP) yang selamat.

“Jika tidak praktikal, syarat lesen mahu Lynas Malaysia untuk bina Tapak Pelupusan Kekal (PDF) untuk menyimpan 'residue' WLP.

“Lynas Malaysia hanya perlu mengeksport WLP dari Malaysia ke luar negara, jika kedua-dua perkara tersebut tidak dipenuhi, Lynas menegaskan bahawa, R&D Lynas Malaysia menunjukkan syarat pertama (guna semula) adalah boleh dilaksanakan dan syarat kedua (penyediaan PDF) telah dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mashal berkata, seiring dengan syarat-syarat lesen yang dinyatakan di atas, surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif Perbadanan Lynas pada 23 Februari 2012 juga menyatakan: "Lynas Corporation Australia dengan ini memberikan suatu usaha penuh, jika perlu, mengeluarkan semua sisa buangan dari Malaysia yang dihasilkan oleh Lynas Advance Materials Plant di Gebeng, Kuantan semasa tempoh Lesen Operasi Sementara.

Menurutnya, perkataan 'jika perlu' dalam surat itu merujuk kepada urutan tiga peringkat keutamaan dalam setiap syarat operasi lesen Lynas.

“Surat itu juga hanya merujuk kepada sisa yang dijana semasa tempoh dua tahun Lesen Operasi Sementara,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, Lynas juga bersedia untuk mematuhi beberapa cadangan Jawatankuasa Kaukus Parlimen Pantau Lynas (JKPPL) termasuk dalam perkara membabitkan pembinaan WLP.

"JKPPL telah melawat Lynas dan mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak pentadbiran, pakar-pakar saintifik, ahli komuniti dan kumpulan yang dicadangkan Lynas,” katanya.