Susah nak nampak mat rempit di Sabah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ANDAI anda menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah pastinya mata akan tertumpu kepada keindahan negeri pelancongan itu.

Pemerhatian Merak Jalanan kali ini tertumpu kepada gelagat anak-anak mudanya saban hari bagi mengisi masa lapang.

Jarang sekali kita dapat melihat anak-anak mudanya hanya melepak tanpa berbuat apa-apa.

Sebagai contoh, ketika Merak Jalanan berada di Pasar Filipina yang terkenal dengan jualan kerongsang mutiara dan ikan segar dari lautan, ramai anak muda sekitar usia tujuh hingga 20-an berada di sana.

Mereka tidak hanya duduk di tembok sebaliknya ada sahaja kerja hendak dilakukan. Ada yang memunggah ikan, ada yang mencuci lantai pasar, ada yang memanggil-manggil pelanggan.

Kita yang asalnya tidak mahu membeli terus 'terbeli' dua tiga kilogram ikan. Sebaik membeli ikan, ada pula anak-anak kecil yang menawarkan diri untuk menjinjing plastik yang penuh makanan laut dengan kadar upah sangat minimum iaitu RM1.

Itu bila waktu siang, apabila malam menjelma, sebahagian besar anak muda Sabah berniaga. Dari sekecil-kecil perniagaan seperti menjual kepak ayam sehinggalah mengusahakan restoran.

Amat jarang sekali kita lihat warga emas masih di luar rumah sama ada berniaga ataupun berjalan-jalan. Ada bukan tiada langsung namun bilangannya amat kecil sekali.

Artikel Berkaitan:

Kalau di tempat kita, pantang hari hujung minggu, aktiviti lumba motosikal oleh mat rempit begitu kerap berlaku sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Terbit rasa kagum dalam diri kepada rakyat Sabah. Mereka begitu rajin bekerja dan berusaha mencari rezeki untuk sesuap nasi.

Tapi pemimpin mereka pula bagaimana ya? Hendak mengurus jalan rosak dan berlubang juga mengambil masa amat lama!