Hantar pulang PATI sebelum bawa masuk pekerja Bangladesh

Gambar hiasan (Gambar kecil: Arman Azha)
Gambar hiasan (Gambar kecil: Arman Azha)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum membawa masuk warga asing untuk bekerja di Malaysia.

Ahli Dewan Negara, Datuk Arman Azha Abu Hanifah menegaskan, lambakan PATI sedia ada amat membimbangkan sekali gus dikhuatiri melebihi populasi beberapa kaum di negara ini sekiranya dibiarkan.

"Dikhabarkan kerajaan akan membawa masuk lagi warga Bangladesh ke negara ini, justeru saya nak tanya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, apakah pendekatan kerajaan akan lakukan untuk memastikan PATI sedia ada perlu kembali ke negara mereka.

"Jika terus kekal di negara ini akan mendatangkan masalah terutama warga kerja dan warganegara dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun akan datang dan akan melebihi populasi rakyat terutama kaum India dan lain-lain kalau dibiarkan.

"Mereka kini sudah mempunyai perniagaan, buka kedai runcit dan sebagainya, telah 'conquer' kawasan tersebut dan memberi ketakutan kepada penduduk setempat," katanya menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok pada Isnin.

Arman Azha berkata, ketika ini tujuh peratus daripada warganegara Malaysia merupakan pendatang asing warga Bangladesh.

Justeru, katanya, kerajaan perlu memandang serius perkara ini dan melaksanakan tindakan segera agar tidak berlaku lambakan warga asing di masa akan datang.

Artikel Berkaitan: