Pameran seni teamLab sedang berlangsung di Kuala Lumpur

Pameran teamLab: Resonating Microcosms- Liquified Light Color, Sunrise and Sunset menampilkan objek ovoid diadakan di Mitsui Shopping Park LaLaport, BBCC, Kuala Lumpur.
Pameran teamLab: Resonating Microcosms- Liquified Light Color, Sunrise and Sunset menampilkan objek ovoid diadakan di Mitsui Shopping Park LaLaport, BBCC, Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Pameran kolektif karya seni teamLab: Resonating Microcosms yang sedang berlangsung di Mitsui Shopping Park LaLaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur pasti memberikan pengalaman menarik kepada pengunjungnya.

teamLab dalam satu kenyataan berkata, pameran itu diadakan pada 4 Ogos hingga 30 November 2022 tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung.

“Pameran teamLab: Resonating Microcosms menampilkan karya bertajuk Resonating Microcosms-Liquified Light Color, Sunrise and Sunset yang mempunyai ovoid (bujur telur) yang tidak terkira bilangannya, merupakan sebuah ruang seni mengikut perubahan dalam persekitaran semula jadi dan kehadiran orang ramai.

“Di bawah sinaran matahari, ovoid menggambarkan dunia sekeliling mereka. Apabila sinaran matahari terbenam, ovoid itu akan mula bersinar dengan sendirinya.

“Apabila ovoid itu ditolak oleh seseorang, ditiup angin atau ditimpa hujan, ia bersinar dengan terang dan mengeluarkan nada bunyi apabila ia memantul semula. Ovoid di sekelilingnya juga saling memberikan tindak balas dengan mengeluarkan nada bunyi dan cahaya warna yang serupa,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, malah, pohon bergema di sekelilingnya juga akan memberikan tindak balas dan berubah secara berterusan.

Pameran seni Resonating Microcosms-Liquified Light Color, Sunrise and Sunset ini bermula pada 4 Ogos hingga 30 November 2022.
Pameran seni Resonating Microcosms-Liquified Light Color, Sunrise and Sunset ini bermula pada 4 Ogos hingga 30 November 2022.

“teamLab bereksperimentasi dengan konsep warna. Ovoid berkenaan boleh berubah kepada 57 warna cerah cecair yang baharu.

“Ruang pameran tersebut berubah secara interaktif di bawah pengaruh angin, hujan serta tingkah laku manusia di ruangan itu, sekali gus menjadikan persekitaran dan orang ramai sebagai sebahagian daripada hasil kerja seni berkenaan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, menerusi tajuk karya Resonating Trees pula, pohon-pohon bersinar dengan terang dan cahaya daripada setiap pepohon berkelip dengan sendiri secara perlahan-lahan.

“Cahaya yang dihantar dari “Resonating Microcosms-Liquified Light Color, Sunrise and Sunset” menyebabkan cahaya pada pohon tersebut akan berubah warna dan nada khusus bergema mengikut warna. Cahaya pohon itu pula akan dihantar kepada pohon di sekelilingnya satu persatu selagi bunyi-bunyian ada secara berterusan.

“Apabila cahaya bergema dari pohon yang berada di kejauhan, ia menandakan kehadiran orang ramai. Barangkali seseorang itu akan lebih menyedari kehadiran orang lain di ruangan yang sama,” kata kenyataan itu.