Covid-19: 2,726 kes baharu, enam kematian direkod

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,726 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik berkenaan di negara ini meningkat kepada 4,670,577.

Menurut portal CovidNow, terdapat enam kematian dilaporkan tanpa ada kes melibatkan kematian di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,026.

Portal tersebut turut melaporkan, 52 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 45,770 kes, dengan 44,159 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 3,856 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,626,756 kes.