Raja Muda Perlis lawat masyarakat Islam Coconut Island

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sijil penghargaan Promosi Makanan Perlis kepada wakil Hotel Grand Mercure Phuket Patong selepas melancarkan promosi makanan Perlis pada malam Puisi DBP bersama Alumni KUIPs, malam Sabtu.

A
A
A

PHUKET (Thailand) - [DIKEMASKINI] Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Ahad berkenan berangkat melawat masyarakat Islam di Coconut Island.

Turut berangkat anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Ketua Pegawai Eksekutif Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, lawatan itu adalah antara Program Ziarah Mahabbah 2022 bagi menyantuni masyarakat setempat sekitar Phuket.

"Beberapa program telah diadakan bagi masyarakat Islam di pulau ini antaranya kesedaran kesihatan untuk golongan wanita serta perkongsian motivasi kepada kanak-kanak dan warga emas," katanya kepada pemberita di sini.