Raja Muda Perlis terima menghadap Gabenor Phuket

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Gabenor Phuket Narong Woonciew (tiga,kanan) di sini malam tadi. - Foto Bernama
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Gabenor Phuket Narong Woonciew (tiga,kanan) di sini malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

PHUKET - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Gabenor Phuket, Narong Woonciew di sebuah hotel di sini malam Sabtu.

Turut berangkat putera baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Pertemuan itu diadakan bermula jam 8.30 malam waktu tempatan dan turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan kira-kira 30 minit itu adalah berkaitan hubungan dua hala kedua-dua negara antaranya kerjasama dalam bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Baginda kemudian berkenan memperkenalkan menu makanan Perlis iaitu ikan pekasam Tasoh, gulai rebung tulang dan kurma daging Simpang Empat kepada Gabenor Phuket.

Seramai 35 delegasi daripada ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyertai Program Ziarah Mahabbah 2022 ke Phuket yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini. - Bernama