Tip memilih masker yang sesuai

A
A

MASKER amat penting dalam proses penjagaan kulit muka. Keberkesanan mampu menghilangkan kotoran, sel kulit mati, melembapkan kulit dan mengecilkan liang-liang roma.

Namun, tahukah anda, terdapat banyak jenis masker yang dijual di pasaran. Anda pasti keliru untuk memilih yang mana sesuai. Ikuti saranan Femina untuk anda memilih masker sesuai dengan kulit muka:

1. Sleeping mask

Sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit kering. Ia digunakan sebelum anda masuk tidur bagi mendapatkan kelembapan kulit keesokan paginya. Jika anda kerap menggunakannya, ia mampu merencatkan pembentukkan kedutan dan garis halus.

2. Masker clay

Masker clay sesuai untuk kulit muka berminyak
Masker clay sesuai untuk kulit muka berminyak

Bagi anda yang memiliki kulit berminyak. Masker clay atau masker tanah liat dapat menghapuskan minyak dan kotoran yang terdapat pada permukaan kulit tanpa membuatkan kulit anda menjadi kering.

3.Peel of mask

Topeng jenis ini membantu mengeluarkan kotoran daripada liang muka dan menghilangkan sel kulit mati. Namun, harus berhati-hati kerana masker jenis ini mengandungi alkohol terlalu tinggi dan boleh membahayakan kulit. Sekiranya anda ingin mengunakannya, pilih masker yang mengandungi kepekatan alkohol rendah.

4.Brightening Mask

Mengandungi unsur arbutin, vitamin c, ekstrak bearberry dan niacinamide. Membuatkan masker ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kusam, pigmentasi dan warna kulit tidak sekata.

5.Sheet Mask

Jika anda mahukan sesuatu yang praktikal, sheet mask adalah jawapannya. Tersedia untuk pelbagai masalah kulit, pilih yang sesuai dengan diri anda. Masker ini cukup mudah untuk digunakan dan hanya memerlukan masa selama 15 minit.