Kes baharu Covid-19 meningkat 5,330 kes, 10 kematian

Kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat kepada 5,330 kes pada Rabu, berbanding 4,204 kes pada Selasa. - Foto 123rf
Kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat kepada 5,330 kes pada Rabu, berbanding 4,204 kes pada Selasa. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat kepada 5,330 kes pada Rabu, berbanding 4,204 kes pada Selasa.

Berdasarkan data di portal CovidNow, sebanyak 10 kematian turut dilaporkan pada hari sama dengan satu daripadanya melibatkan kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 46,523 kes manakala 44,885 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 29 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,560 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 49 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 34 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 15 lagi memerlukan mesin ventilator.

Pada masa sama, negara turut merekodkan sebanyak 3,075 kes sembuh.