3,213 kes baharu Covid-19, lapan kematian direkod

Sebanyak 3,213 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia kini 4,683,266 kes. Foto hiasan
Sebanyak 3,213 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia kini 4,683,266 kes. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,213 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia kini 4,683,266 kes.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan sebanyak lapan kes kematian dilaporkan pada Isnin melibatkan dua kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,977 orang daripada lebih 4.6 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 44,664 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 43,080 atau 96.5 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 20 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,510 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 54 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sejumlah 3,847 kes sembuh turut direkodkan pada Isnin, dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,602,625 kes.