Gesa selesaikan perpecahan politik

Penyokong kumpulan antijunta mendakwa berlaku penyelewengan dalam kiraan undi pilihan raya pada 24 Mac lalu. Gambar kecil: Apirat Kongsompong
Penyokong kumpulan antijunta mendakwa berlaku penyelewengan dalam kiraan undi pilihan raya pada 24 Mac lalu. Gambar kecil: Apirat Kongsompong
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Ketua tentera Thailand, semalam menggesa perpecahan politik diselesaikan di Parlimen selepas banyak pihak menyuarakan kekecewaan terhadap pilihan raya yang berlangsung pada bulan lalu.

Gesaan itu dibuat Panglima Tentera Diraja Thailand, Apirat Kongsompong selepas situasi politik kembali tegang di negara itu.

"Saya tidak boleh terima jika rakyat cuba selesaikan 'masalah' di jalan lagi. Jalan penyelesaian itu boleh dibuat dengan sesi debat di Parlimen," katanya.

Beliau turut menolak cadangan rampasan kuasa dan menyatakan terdapat langkah lain untuk mengawal wabak keganasan seperti mengisytiharkan perintah darurat.

"Melancarkan rampasan kuasa bukan perkara mudah. Ia bergantung kepada beberapa situasi," ujarnya.

Thailand dilanda krisis politik selama beberapa dekad dan lebih 12 kudeta dilancarkan sejak ia menjadi sistem pemerintahan diraja pada 1932.

Parti projunta, Phalang Pracharat memenangi undi popular dalam pemilihan 24 Mac lalu yang pertama kali diadakan sejak rampasan kuasa pada 2014.

Tetapi, angka tidak konsisten dalam kiraan undi pusingan pertama telah mencetuskan rasa curiga terhadap keputusan hingga mencalarkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (EC).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Parti Pheu Thai telah bergabung dengan enam parti lain selepas ia mendakwa memperoleh majoriti kerusi di Parlimen, sekali gus boleh membentuk kerajaan.

Difahamkan, keputusan penuh pilihan raya itu hanya akan diumumkan secara rasmi pada 9 Mei depan. - AFP