Bagi Anwar jadi PM sekali

Adam Adli - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Adam Adli - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PERTEMBUNGAN pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022, akhirnya menutup tirai pertengahan Julai lalu dengan aktivis masyarakat Adam Adli Abdul Halim diumumkan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Menariknya kemenangan Adam Adli mengenepi dan memecahkan monopoli pasukan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dalam pimpinan kali ini.

Kemenangan Adam Adli turut dikaitkan dengan jalur sejarah perjuangannya sebagai seorang aktivitis mahasiswa yang tidak takut untuk memberontak dan turun ke jalanan.

Ia sangat dekat dengan kisah perjalanan hidup Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalannya, mampukah Adam Adli membantu Anwar dan PKR menawan hati rakyat untuk kembali ke Putrajaya?

Wartawan Sinar Premium, Mohd Faizul Haika Mat Khazi menemubual Adam Adli untuk mendapatkan jawapannya.

Sinar Premium: Apakah perasaan Adam apabila Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) umum nama anda sebagai pemenang jawatan Ketua AMK bagi sesi 2022-2025?

Adam: Pertama saya berasa terharu dan bersyukur dengan sokongan diberikan ahli AMK di peringkat akar umbi biarpun ini adalah pertama kali saya bertanding jawatan dalam parti politik. Saya juga berasa gementar kerana tugas sebagai Ketua AMK amat berat dan besar untuk dilaksanakan.

Bagi saya individu yang menang bukan menang semua. Begitu juga individu kalah bukan kalah semua.

Jadi selepas tamat pemilihan parti kita kena kembali bersatu dan bekerjasama rapat bagi memastikan PKR menjadi sebuah parti kuat untuk menghadapi PRU15 tidak lama lagi.

Baca wawancara penuh bersama Adam Adli di Sinar Premium.