Brexit terus buntu

Parlimen Britain sekali lagi gagal mencapai persetujuan dalam cadangan alternatif perjanjian Brexit.
Parlimen Britain sekali lagi gagal mencapai persetujuan dalam cadangan alternatif perjanjian Brexit.
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Ahli Parlimen Britain, semalam sekali lagi menolak semua pilihan untuk mencapai kompromi yang akan menamatkan kebuntuan Brexit.

Penolakan itu dibuat ketika pusingan kedua undian cadangan alternatif perjanjian Perdana Menteri, Theresa May.

Sebelum ini, usul perjanjian dicapai May bersama Kesatuan Eropah (EU) telah ditolak secara berasingan sebanyak tiga kali.

Kini, Dewan Rakyat sedang cuba mencari strategi yang boleh mendapatkan sokongan majoriti.

Mengapa ditolak Ahli Parlimen?

Undian siri kedua terhadap pilihan Brexit dikenali sebagai 'undi petunjuk' telah diadakan untuk melihat apa yang mungkin disokong Ahli Parlimen.

Susulan perdebatan selama beberapa jam, Ahli Parlimen bertindak menolak keempat-empat pilihan merangkumi:

>Rundingan menyeluruh dengan kesatuan kastam bersama EU sebagai sebahagian daripada perjanjian Brexit.

Artikel Berkaitan:

>Menyertai Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) dan kekal dalam Kawasan Ekonomi Eropah (EEA).

> Memberi orang awam mengundi untuk meluluskan sebarang perjanjian Brexit diluluskan Parlimen sebelum ia dilaksanakan.

>Siri langkah untuk mengelakkan Britain meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian termasuk undi akhir bagi membatalkan Brexit.Pilihan untuk kekal dalam kesatuan kastam bersama EU hampir diluluskan, namun ia terhalang dengan hanya tiga undi.

Ia turut digelar sebagai 'pilihan lembut Brexit' yang mana Britain meninggalkan EU, namun mengekalkan hubungan perdagangan yang rapat dengan blok terbabit. Penyokong pilihan itu mendakwa ia akan mengurangkan kesan Brexit terhadap ekonomi Britain terutamanya jika digabungkan dengan keputusan untuk kekal dalam pasaran tunggal EU.

Pengkritik bagaimanapun berpendapat pilihan tersebut tidak bermaksud 'keluar' sama sekali kerana Britain masih perlu mematuhi peraturan EU selain tidak mempunyai hak menjalankan perjanjian urus niaga sendiri dengan negara bukan anggota EU.

May berdepan cabaran getir untuk mendapat sokongan Parlimen berhubung usul Brexit dicapai bersama EU.
May berdepan cabaran getir untuk mendapat sokongan Parlimen berhubung usul Brexit dicapai bersama EU.

Ahli Parlimen Parti Konservatif, Nick Boles yang mencadangkan EFTA/EEA yang digelar pilihan 'Pasaran Bersama 2.0' bertindak meletak jawatan parti serta-merta selepas keputusan undian itu diumumkan.

Difahamkan, May berada di bawah tekanan untuk mencari jalan penyelesaian baharu selepas perjanjian keluar dari blok terbabit yang dicapai bersama EU telah ditolak sebanyak tiga kali.

Minggu lalu, May turut membuat tawaran mengejut untuk melepaskan jawatannya semata-mata untuk mendapatkan sokongan Parlimen terhadap perjanjian Brexit yang dicapai bersama Brussels.

Apa berlaku seterusnya?

May sedang mempertimbangkan untuk mengadakan undian keempat kerana undian ketiga didakwa hampir mendapat sokongan diperlukan, namun Ahli Parlimen menolaknya dengan 344 undi sokongan manakala 286 undi menolak yang bersamaan 58 majoriti.

Satu lagi percubaan untuk mencari majoriti bagi salah satu pilihan, langkah yang disokong pemimpin pembangkang, Jeremy Corbyn juga masih tidak jelas.

Jika tiada pilihan diluluskan Dewan Rakyat, Britain dijangka meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian pada 12 April depan yang paling ditakuti banyak pihak.

Kebanyakan Ahli Parlimen dan ahli perniagaan bimbang tiada perjanjian atau 'Brexit yang sukar' akan mencetuskan kekacauan dalam jangka masa pendek.

Walaupun 'tiada perjanjian' tidak mungkin berlaku, kebanyakan negara anggota EU percaya ia mungkin 'jalan penyelesaian' pada tempoh ditetapkan Brussels.

Jika perjanjian Brexit May diluluskan, Britain mempunyai tempoh sehingga 22 Mei depan untuk keluar dari blok terbabit selepas EU memberi tempoh penangguhan daripada tarikh asal pada 29 Mac lalu.

EU mendakwa sebarang tempoh lanjutan hanya akan menyebabkan Britain mungkin terpaksa menyertai Pilihan Raya Parlimen Eropah pada 23 Mei depan walaupun May sudah menyatakan negara terbabit tidak akan sesekali terlibat dalam pemilihan tersebut.

Majlis Eropah yang merupakan badan utama pembuat keputusan EU dijadualkan mengadakan pertemuan pada 10 April ini untuk menentukan sama ada syarat untuk penangguhan itu telah dicapai Britain.

Masih terdapat pilihan ketiga: Britain boleh membatalkan langkah Brexit dan Artikel 50 Perjanjian Lisbon yang dicetuskan pada 29 Mac 2017.

Tetapi, keputusan itu tidak mungkin akan berlaku. - BBC