Pemimpin Pas junjung kasih titah Sultan Terengganu

Pemimpin Pas dan BN Terengganu mengamalkan politik matang demi rakyat.
Pemimpin Pas dan BN Terengganu mengamalkan politik matang demi rakyat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas Terengganu menjunjung kasih di atas keprihatinan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam melihat perpaduan dan kekitaan antara rakyat dengan mengetepikan politik kepartian.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, sebagaimana titah Tuanku, kerajaan negeri komited dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan rakyat sentiasa diutamakan.

SATIFUL BAHRI MAMAT
SATIFUL BAHRI MAMAT

“Sidang DUN kali ini misalnya, membariskan ADUN dari Pas dan BN dan di Terengganu, tiada ADUN daripada PH.

"Saya melihat ta’awun atau kerjasama yang dibuat kedua-dua parti ini menjadikan seolah-olah tiada pembangkang kali ini, kita harapkan kerjasama ini diteruskan sebagaimana hasrat Sultan Terengganu sendiri dalam berkhidmat dan melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat Terengganu, itu fokus dan hasrat kita.

“Perbezaan pandangan politik dan sebagainya, hanya sekadar penambahbaikan daripada segi komentar, krisis berpanjangan. Saya ingat Terengganu memerintah dengan senang dan saya harapkan perkara ini berterusan sehingga kita mencapai matlamat negeri Maju, Berkat, Sejahtera,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu.

DR AZMAN IBRAHIM
DR AZMAN IBRAHIM

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Terengganu untuk melihat perpaduan dalam kalangan rakyat terus dieratkan, selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi teras kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk terus memelihara kerukunan dan kemakmuran ini supaya semua rakyat Terengganu boleh terus menikmati kehidupan di bumi bertuah ini.

ARIFFIN DERAMAN
ARIFFIN DERAMAN

Turut senada, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri bergerak dengan berteraskan prinsip politik matang dan sejahtera.

“Kita ketepikan politik kepartian dan memberikan keutamaan agenda rakyat dan pembangunan negeri. Alhamdulillah, saya nampak rakyat selesa dengan cara ini,” katanya.